PERKHIDMATAN PEMBINAAN KEDIAMAN

BINA RUMAH IMPIAN
DI ATAS TANAH SENDIRI.

Daripada memahami keperluan keluarga hingga kerja
pembinaan dan kemasan, Southern Borders Empire
membantu merancang pelaksanaan rumah anda
dengan lebih teratur.

Perbincangan

RUMAH YANG DIBINA MENGIKUT TANAH, KEPERLUAN & PERANCANGAN ANDA.

Membina rumah di atas tanah sendiri memerlukan penyelarasan antara keadaan tapak, reka bentuk, bajet, bahan, jadual kerja dan kelulusan yang berkaitan.

Kami bermula dengan memahami cadangan projek anda. Skop dan kaedah pelaksanaan dibincangkan sebelum kerja dimulakan supaya keputusan penting dapat dibuat dengan jelas. Reka bentuk, harga dan tempoh sebenar ditentukan mengikut keperluan projek serta hasil semakan tapak.

SETIAP PROJEK BERMULA DENGAN PERANCANGAN YANG JELAS.

Maklumat awal yang lengkap membantu kami memahami projek dan menyediakan cadangan skop kerja yang lebih tepat.

  • ✅ Semakan keperluan & keadaan tapak
  • ✅ Perbincangan skop, bajet & bahan
  • ✅ Penyelarasan kerja pembinaan
  • ✅ Pemeriksaan dan serahan akhir
SOUTHERN BORDERS EMPIRE

KONTRAKTOR BERDAFTAR CIDB

SKOP PERKHIDMATAN UTAMA

01 — Reka Bentuk & Pelan Rumah

Ruang yang praktikal, selesa dan sesuai dengan bajet anda.

Penyediaan cadangan reka bentuk rumah berdasarkan keperluan pelanggan dan keadaan tapak.

  • ✅ Lakaran susun atur dan pelan lantai (floor plan).
  • ✅ Perancangan bilangan bilik tidur dan bilik air.
  • ✅ Susun atur ruang tamu, dapur dan ruang makan.
  • ✅ Cadangan konsep serta visual hiasan dalaman 3D.
  • ✅ Pemilihan kemasan mengikut konsep dan bajet.

Skop reka bentuk, bilangan pindaan dan visual 3D akan diperincikan dalam sebut harga.

02 — Penyelarasan Kelulusan PBT

Membantu menyelaras dokumen dan proses permohonan pelan bangunan.

Penyelarasan penyediaan serta penghantaran pelan kepada Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah berkaitan, melalui profesional berkelayakan mengikut keperluan projek.

  • ✅ Semakan awal maklumat tanah dan cadangan pembinaan.
  • ✅ Penyelarasan pelan serta dokumen sokongan.
  • ✅ Penyelarasan penghantaran permohonan pelan bangunan.
  • ✅ Susulan permohonan dan penyelarasan pindaan yang diperlukan..

Kelulusan dan tempoh pemprosesan tertakluk kepada semakan serta keputusan PBT.

03 — Pembinaan Rumah A hingga Z

Pelaksanaan pembinaan daripada penyediaan tapak hingga kemasan akhir.

Skop kerja ditentukan berdasarkan pelan, spesifikasi dan keadaan tanah.

  • ✅ Penyediaan tapak dan kerja tanah.
  • ✅ Kerja cerucuk (piling), jika diperlukan berdasarkan reka bentuk kejuruteraan.
  • ✅ Pembinaan asas, footing dan foundation.
  • ✅ Pembinaan tiang, rasuk (beam) dan lantai konkrit.
  • ✅ Pembinaan dinding serta pemasangan bumbung.
  • ✅ Pendawaian elektrik dan pemasangan kelengkapan berkaitan.
  • ✅ Pemasangan paip bekalan air serta sistem saliran.
  • ✅ Kerja jubin, siling, pintu, tingkap dan pengecatan.
  • ✅ Pemeriksaan akhir serta penyerahan rumah.

04 — Bantuan Urusan Pembiayaan

Membantu anda menyusun dokumen bagi urusan pembiayaan pembinaan.

Bantuan penyelarasan dokumen projek untuk pelanggan yang ingin memohon:

  • ✅ Pembiayaan LPPSA bagi penjawat awam yang layak.
  • ✅ Pinjaman atau pembiayaan perumahan melalui bank.
  • ✅ Pengeluaran KWSP berkaitan pembinaan rumah, mengikut syarat yang berkenaan.

Bantuan merangkumi penyelarasan dokumen dalam skop yang dipersetujui. Kelayakan, jumlah pembiayaan dan kelulusan ditentukan oleh institusi berkaitan.

southern borders empire

PROSES PEMBINAAN RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

Workflow_Bina_Rumah_SBE
pilih konsep yang sesuai dengan anda

inspirasi reka bentuk rumah

Terokai idea rumah mengikut gaya hidup, keperluan ruang & bajet anda.

Modern Malaysian semi-detached twin homes

01 | KONSEP RUMAH

Rumah Berkembar / Semi-D

2 bilik tidur + 1 bilik air setiap unit
20' x 80' / 800 kps setiap unit

Pelan_Rumah_Sewa_Berkembar_20x40

Pelan lantai konsep

Modern Malaysian Tropical Family Home

02 | KONSEP RUMAH

Dua Tingkat Tropika

4 bilik tidur + 3 bilik air
20' x 40' setiap aras / 1,600 kps

Pelan_Lantai_Rumah_Dua_Tingkat

Pelan lantai konsep

Modern tropical Malaysian courtyard house

03 | KONSEP RUMAH

Dua Tingkat Minimalis

4 bilik tidur + 2 bilik air
30' x 40' setiap aras*

Pelan_Lantai_Rumah_Minimalis_Dua_Tingkat

Pelan lantai konsep