PAIP BERFUNGSI LANCAR,
SALIRAN LEBIH TERATUR.

Daripada paip bocor hingga saliran tersumbat, Southern Borders Empire (SBE)
menyediakan kerja pemasangan, pembaikan dan penyelenggaraan untuk rumah,
premis perniagaan, pejabat serta bangunan.

Kami membantu mengenal pasti punca masalah dan mencadangkan skop kerja
yang sesuai dengan keadaan tapak serta keperluan anda.

Hubungi Kami
PENGENALAN PERKHIDMATAN

PENYELESAIAN PAIP & SALIRAN UNTUK KEPERLUAN PREMIS ANDA

MASALAH YANG KAMI BANTU SELESAIKAN

southern borders empire

SKOP PERKHIDMATAN

01

PEMASANGAN & PEMBAIKAN PAIP

Kerja pemasangan dan pembaikan paip bekalan air serta paip buangan mengikut keperluan premis.

  • ➤ Pemasangan laluan paip baharu.
  • ➤ Pembaikan kebocoran pada paip dan sambungan.
  • ➤ Penggantian paip, penyambung dan injap yang rosak.
  • ➤ Pengubahsuaian laluan paip untuk kerja renovasi.
02

SISTEM BEKALAN AIR

Pemeriksaan dan penyelenggaraan komponen sistem bekalan air bagi membantu memastikan penggunaan harian lebih lancar.

  • ➤ Pemeriksaan paip bekalan air.
  • ➤ Pemeriksaan injap dan sambungan.
  • ➤ Semakan masalah aliran atau tekanan air.
  • ➤ Pembaikan komponen berdasarkan hasil pemeriksaan.
03

SALIRAN AIR BUANGAN

Kerja pemasangan, pembaikan dan penyelenggaraan saluran air buangan untuk dapur, bilik air serta kawasan berkaitan.

  • ➤ Pemasangan dan penggantian paip buangan.
  • ➤ Pembaikan sambungan saliran.
  • ➤ Pembersihan saluran tersumbat.
  • ➤ Pemeriksaan aliran selepas kerja selesai.
04

PEMBERSIHAN & PENYELEGGARAAN LONGKANG

Pembersihan longkang dan laluan saliran bagi mengurangkan halangan aliran serta masalah air bertakung.

  • ➤ Pembuangan sampah dan bahan yang menghalang aliran.
  • ➤ Pembersihan lumpur serta mendapan.
  • ➤ Pemeriksaan keadaan longkang.
  • ➤ Cadangan pembaikan bahagian yang rosak.
05

PENYELENGGARAAN

Pemeriksaan dan penyelenggaraan komponen sistem kumbahan yang boleh diakses, tertakluk pada keadaan tapak serta skop kerja yang dipersetujui.

  • ➤ Pemeriksaan paip dan sambungan kumbahan..
  • ➤ Pemeriksaan kebocoran atau penyumbatan.
  • ➤ Pembaikan komponen berkaitan.
  • ➤ Cadangan tindakan lanjut bagi masalah yang memerlukan kerja khusus..
06

PENYELENGGARAAN PAIP & TANGKI SEPTIK

Pemeriksaan keadaan paip berkaitan dan komponen tangki septik yang boleh diakses untuk mengenal pasti keperluan penyelenggaraan.

  • ➤ Pemeriksaan keadaan luaran dan sambungan.
  • ➤ Semakan tanda kebocoran atau limpahan.
  • ➤ Pembaikan paip berkaitan mengikut kesesuaian.
  • ➤ Penentuan keperluan kerja khusus seperti penyahenapan atau pengosongan tangki.